Seni muzik merupakan satu dari seni hasil luahan rasa manusia yang menggambarkan identiti dan perlambangan sikap sesuatu bangsa. Bangsa Malaysia turut mempunyai seni muzik mereka yang tersendiri dan unik berdasarkan keadaan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.
Bangsa Melayu merupakan bangsa majoriti dalam negara Malaysia. Oleh itu, dirasakan wajar untuk mengkaji tentang seni muzik yang telah diamalkan dan kini diwarisi oleh generasi moden demi menjaga atau dengan lebih praktikal lagi, memulihara dan memberikan kesinambungan kepada seni muzik kreatif di Malaysia. Namun demikian, tidak ramai yang mahu memandang tinggi kepada muzik-muzik sebegini, terutama sekali generasi muda yang merasakan muzik tradisional tidak relevan dengan mereka yang meminati muzik pop (Hanim Mohd Saleh, 2004). Jika dikaji dengan teliti seni muzik Melayu tradisional seperti zapin, masri, inang dan sebagainya, ia merupakan bentuk-bentuk muzik yang mengambil elemen luar seperti India, Arab dan Cina (Haniza Hj Musib, 1999) sekaligus membuktikan bahawa muzik tradisional Melayu juga mampu menyerap elemen moden dari luar seperti muzik pop.
Abdul Hamid Adnan (2004) telah memetik kenyataan Alan Merriam (1964) yang menghuraikan beberapa alasan kewujudan muzik tradisional dalam sesuatu budaya. Muzik tradisional berfungsi sebagai satu elemen penyatuan masyarakat dan mampu mengintegrasikan pelbagai bangsa yang tinggal di sesuatu tempat. Abdul Hamid Adnan telah menyatakan bahawa muzik secara asasnya berfungsi sebagai satu aspek hiburan yang mampu melepaskan segala tekanan dan luahan perasaan. Ia juga berperanan sebagai perhubungan komunikasi antara anggota masyarakat. Beliau telah membayangkan semangat bekerjasama dan permuafakatan dalam diri setiap pemuzik demi mempamerkan persembahan terbaik dan mampu memikat hati penonton. Muzik tradisional juga berperanan sebagai simbolik untuk menyatakan sesuatu.
Terdapat tujuh kegunaan muzik tradisional mengikut kenyataan yang dipetik oleh Abdul Hamid Adnan dari The Anthropology of Music tulisan Alan Merriam (1964):
...tujuh kegunaan muzik tradisional, iaitu mengiringi kerja, ritual perubatan, untuk pusingan dalam kehidupan mengiringi kelahiran dan perkahwinan, mengiringi peristiwa politik atau perlantikan, muzik untuk upacara sembahyang dan doa, muzik untuk drama, tarian dan riwayat dan akhir sekali muzik untuk teks lagu.
Dengan kenyataan di atas dapat dilihat peranan muzik tradisional kepada masyarakat lampau. Namun demikian, terdapat persoalan yang timbul dalam konteks relevan muzik tradisional pada hari ini - bagaimana pula peranan muzik tradisional pada generasi moden dan apakah ianya masih lagi diperlukan dalam aspek budaya digital dan sedang menuju ke arah globalisasi masa kini? Abdul Hamid Adnan telah menjawab persoalan ini:
Dengan kata lain, muzik tradisional perlu dipertahankan dalam apa cara sekalipun kerana muzik tradisional merupakan budaya yang tidak ternilai. Hilang budaya maka hilanglah bangsa.
baik
BalasPadambaik
BalasPadamCasino News & Events - Dr. Maryland
BalasPadamView Casino News & Events. Get notified 경산 출장마사지 when a Casino is available. 거제 출장마사지 All Casino News and 태백 출장마사지 Events 충청남도 출장안마 at 부천 출장마사지 the Hotel in Hanover. Latest Casino News and