Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat popular di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan sendiri berasal daripada perkataan Jawa Gamĕl yang bermaksud “pukul” atau “tabuh”. Ia bersempena dengan kebanyakan peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.
Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan kematian. Di kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas berbentuk 4 segi di hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang dimainkan di istana, Gamelan yang dimainkan di kampung adalah lebih mudah – ianya dibuat daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.
Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan, dan tidak ada seorang pun pemain yang kelihatan menonjol dalam sesuatu persembahan.
Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan cara peniruan dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik pengajaran yang lebih sistematik telah diujudkan, antaranya dengan penulisan notasi menggunakan huruf dan nombor-nombor sebagai panduan pemain. Namun begitu notasi seperti ini tidak melambangkan bunyi sebenar kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas sahaj. Ianya perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum dimainkan. Ini kerana setiap alat dimainkan secara berbeza diantara satu sama lain.
Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini menyebabkan tiada keselarasan diantara satu set gemelan dengan set gamelan yang lain – dari segi picnya.
salam boleh tau x?? ini sumber dari mana
BalasPadam