I made this widget at MyFlashFetish.com.

Slaid Gamelan IPGM KSAH

Ahad, 27 September 2009

Pengertian Muzik

Muzik adalah salah satu media ungkapan kesenian, muzik mencerminkan kebudayaan masyarakat pendukungnya. Di dalam muzik terkandung nilai dan norma-norma yang menjadi bahagian dari proses enkulturasi budaya, baik dalam bentuk formal maupun informal. Muzik itu sendiri memiliki bentuk yang khas, baik dari sudut struktur maupun jenisnya dalam kebudayaan. Demikian juga yang terjadi pada muzik dalam kebudayaan masyarakat melayu.

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990: 602), muzik adalah: ilmu atau seni menyusun nada atau suara diutarakan, kombinasi dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi (suara) yang mempunyai keseimbangan dan kesatuan, nada atau suara yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandung irama, lagu dan keharmonisan (terutama yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi itu).

Pengertian ini sesuai dengan pendapat Hamzah (1988) yang menyatakan bahwa :

Perkembangan muzik Melayu dapat diklasifikasikan kepada sembilan bentuk, berdasarkan bentuknya iaitu:-

(1) Muzik tradisional Melayu,

(2) Muzik pengaruh India, Persia, dan Thailand atau Siam seperti nobat, menhora, makyong, dan rodat,

(3) Muzik pengaruh Arab seperti : gambus, kasidah, ghazal, zapin, dan hadrah,

(4) nyanyian anak-anak,

(5) Muzik vokal (lagu) yang berirama lembut seperti tudung periuk, damak, dondang sayang, dan ronggeng atau joget,

(6) keroncong dan stambul yang tumbuh dan berkembang awalnya di Indonesia,

(7) lagu-lagu langgam,

(8) lagu-lagu patriotik tentang tanah air, kegagahan, dan keberanian,

(9) lagu-lagu ultramodern yang kuat dipengaruhi budaya barat.

Berdasarkan pendapat diatas maka penulis dapat menyimpulkan bahwasanya muzik dapat juga disebut sebagai media seni, dimana pada umumnya orang mengungkapkan kreativiti dan ekspresi seninya melalui bunyi-bunyian atau suara. Oleh karena itulah pengertian muzik sangat Universal, bergantung bagaimana orang memainkannya serta menikmatinya.

Seni Muzik adalah cetusan ekspresi perasaan atau fikiran yang dikeluarkan secara teratur dalam bentuk bunyi. Boleh dikatakan, bunyi (suara) adalah elemen muzik paling asas. Suara muzik yang baik adalah hasil interaksi dari tiga elemen, iaitu: irama, melodi, dan harmoni. Irama adalah pengaturan suara dalam suatu waktu, panjang, pendek dan temponya, dan ini memberikan karakter tersendiri pada setiap muzik. Kombinasi beberapa tinggi nada dan irama akan menghasilkan melodi tertentu. Seterusnya, kombinasi yang baik antara irama dan melodi melahirkan bunyi yang harmoni. Muzik termasuk seni manusia yang paling tua. Bahkan boleh dikatakan, tidak ada sejarah peradaban manusia dilalui tanpa muzik, termasuk sejarah peradaban Melayu. Dalam masyarakat Melayu, seni muzik ini terbagi menjadi muzik vokal, instrument dan gabungan keduanya. Dalam muzik gabungan, suara alat muzik berfungsi sebagai pengiring suara vokal atau tarian. Alat-alat muzik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu di antaranya: canang, tetawak, nobat, nafiri, lengkara, kompang, gambus, marwas, gendang, rebana, serunai, rebab, beduk, gong, seruling, kecapi, biola dan akordeon. Alat-alat muzik di atas menghasilkan irama dan melodi tersendiri yang berbeza dengan alat muzik lainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan