I made this widget at MyFlashFetish.com.

Slaid Gamelan IPGM KSAH

Ahad, 27 September 2009

Pengertian Muzik Tradisi

Banyak istilah dalam dunia kesenian dan muzik yang dapat kita lihat dari beberapa sumber, disini juga banyak buku yang mengatakan bahwa kesenian dan muzik adalah sesuatu yang berhubungan dengan kebudayaan, begitu juga dengan pengertian dari muzik tradisi atau lebih lazim di sebut dengan Muzik Tradisional. Annas mengemukakan (2008: 27) bahawa muzik tradisi adalah muzik yang mempunyai latar belakang budaya. Bila ada pertanyaan yang ditujukan kepada penulis tentang muzik tradisi, penulis akan menjawab muzik tradisi adalah muzik daerah, kerana pada kenyataannya di dunia ini mempunyai banyak budaya dari berbagai daerah yang berbeza. Muzik tradisi mengangkat budaya dari berbagai daerah tersebut sebagai tema, maka istilah muzik tradisi lebih sering di sebut orang dengan muzik daerah.

Istilah muzik tradisional sudah tidak asing lagi bagi masyarakat dunia, misalnya saja di Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Negara-negara lain. Seperti negara-negara di Eropah juga mengenal istilah muzik tradisi, banyak muzik tradisi yang berasal dari Negara-negara di Eropah seperti Muzik Klasik, Muzik Jazz, Muzik Blues, Muzik Country, Muzik Ska, dan Muzik Reggae.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan