I made this widget at MyFlashFetish.com.

Slaid Gamelan IPGM KSAH

Memaparkan catatan dengan label Definisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Definisi. Papar semua catatan

Ahad, 27 September 2009

Tingkat-Tingkat Apresiasi

Dalam kehidupan manusia, setiap yang kita lakukan selalu saja berubah tanpa henti sehingga mencapai suatu kesempurnaan, setiap proses tercapainya kesempurnaan pasti ada suatu tingkatan-tingkatan yang mempengaruhi kegiatan tersebut sehingga memperoleh hasil yang di inginkan, di dalam kegiatan apresiasi sebagai kegiatan yang dilakukan oleh manusia tentu dapat berubah-ubah dan berbeza-beza juga. Perubahan ini seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan tingkat pemahaman seseorang serta perubahan emosi atau kejiwaan seseorang, seiring bertambahnya usia dan pengalaman hidupnya.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan saat kita mendengar orang yang berbeza pendapat ketika mengemukakan pengalaman membaca karya sastera ataupun karya seni yang dinikmatinya.

Mengenai tingkat-tingkat apresiasi, Rusyana [1984: 322-333] berpendapat bahwa apresiasi itu bertingkat-tingkat dan kerana itu apresiasi seseorang dapat dikembangkan ke arah yang lebih tinggi.

Apresiasi tingkat pertama, terjadi apabila seseorang mengalami pengalaman yang ada dalam sebuah karya sastera, ia terlibat secara intelektual, emosional, dan imajinatif dengan karya sastera itu.

Apresiasi tingkat kedua, apabila daya intelektual pembaca lebih giat. Pada tingkat kedua ini pembaca mulai bertanya pada dirinya tentang makna pengalaman yang diperolehnya, tentang pesan yang disampaikan pengarang, tentang hal yang tersembunyi di balik alur, dan lain-lainnya. Pada tingkat ini pembaca memperoleh pengalaman yang lebih mendalam berkat kemampuan intelektual yang dimiliki oleh penguasaan terhadap pengertian teknik yang dipelajarinya.

Pada tingkat akhir, pembaca menyedari adanya hubungan karya sastera itu dengan dunia di luarnya, sehingga penikmatan dan pemahaman pun dapat dilakukan dengan lebih luas dan mendalam.

Sementara itu Natawidjaya [1980: 2] menggolongkan apresiasi ke dalam lima tingkat. Kelima tingkat tersebut adalah.

Tingkat pertama, tingkat penikmatan yang bersifat menonton, merasakan senang yang sifatnya sama dengan perasaan saat dipuji atau menerima pemberian yang tak terduga.

Tingkat kedua, tingkat penghargaan yang bersifat kepemilikan dan kekaguman akan sesuatu yang dihadapinya.

Tingkat ketiga, tingkat pemahaman yang bersifat belajar, mencari pengertian sebab-akibat.

Tingkat keempat, tingkat penghayatan yaitu meyakini apa dan bagaimana produk karya tersebut.

Tingkat kelima, tingkat implikasi yang bersifat marital, memperoleh daya tepat guna, bagaimana dan untuk apa karya itu.

Jadi setiap manusia pasti mempunyai pendapat yang berbeza dengan pengertian apresiasi dan tingkatan apresiasi, penikmat juga di bezakan seperti tingkatan di atas.

Apresiasi

Dalam kehidupan sehari-hari kita sudah sering mendengar istilah apresiasi. Apresiasi didefinisikan sebagai proses penilaian dan penghayatan dari suatu bentuk karya seni dimana ianya adalah proses penghargaan atau penilaian terhadap suatu karya seni.

Istilah Apresiasi berasal dari bahasa Latin apreciatio yang bermaksud mengindahkan atau menghargai [Aminuddin, 2000: 34]. Kemudian Rusyana[1984: 32] memberikan definisi terhadap apresiasi sastera sebagai suatu pengenalan dan pemahaman terhadap nilai sastera dan kegairahan kepadanya, serta kenikmatan yang timbul dari semua itu. Begitu juga dengan pendapat di atas, Effendi [2002: 35] menyatakan bahwa apresiasi adalah kegiatan menggauli karya sastera secara sungguh-sungguh sehingga menumbuhkan pengertian, penghargaan, kepekaan fikiran kritis, dan kepekaan perasaan yang baik terhadap karya sastera.

Batasan mengenai apresiasi yang lebih singkat namun padat dikemukakan oleh; Tarigan [1985: 60-61] bahwa apresiasi adalah penaksiran kualiti serta pemberian nilai yang wajar terhadap sesuatu berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang jelas dan sedar serta kritis terhadap sesuatu. Dalam konteks yang lebih luas, istilah apresiasi menurut Gove [Aminuddin,2000: 34] mengandungi makna antara lain:

pengenalan melalui perasaan atau kepekaan batin dan pemahaman dan pengakuan terhadap nilai-nilai keindahan yang diungkapkan pengarang.

Berdasarkan beberapa teori di atas apresiasi dapat didefinisikan sebagai satu bentuk proses pemahaman dan penghayatan yang menghasilkan suatu penilaian, proses yang dimaksudkan dalam bahasan apresiasi melibatkan tiga unsur inti seperti yang di terangkan dalam kutipan di bawah ini.

(Sumber;http//wikipedia.com)

Sebagai suatu proses, apresiasi melibatkan tiga unsur asas, yakni;

(1) aspek kognitif,

(2) aspek emotif, dan

(3) aspek evaluatif Squire dan Taba. [Aminuddin, 2000: 34].

Sementara itu Sudjiman memberikan pengertian bahwa apresiasi berasal dari kata to appreciate (bahasa Inggeris) yang maksudnya menilai secara tepat, memahami, dan menikmati. Kalau dihubungkan dengan sastera paling tidak mengandungi aspek menikmati, memahami, dan menilai.

Dari berbagai batasan apresiasi di atas dapat disimpulkan bahwa apresiasi berhubungan dengan intelektual dan emosional yang di dalamnya meliputi pengenalan, pengalaman, pemahaman, penikmatan, dan penilaian terhadap karya seni secara sungguh-sungguh. Dengan demikian, apresiasi muzik merupakan kegiatan menggauli, memahami, menghargai muzik dengan penuh penghayatan, sehingga menumbuhkan kenikmatan, pengetahuan, dan pemahaman yang mendalam terhadap muzik.

Istilah apresiasi sudah seringkali digunakan dalam percakapan sehari-hari. Kadangkala istilah itu dikaitkan oleh pembicara dengan nilai-nilai seni dan budaya sehingga muncul istilah, iaitu apresiasi seni. Dalam hal ini istilah apresiasi bermaksud kesedaran, pemahaman, penilaian, dan penghargaan, atau keempatnya sekaligus. Dalam hal ini istilah apresiasi dapat dimaksudkan dengan pemahaman dan penilaian atau kedua-duanya. Berdasarkan huraian tentang pemakaian istilah apresiasi pada kedua hal di atas, menurut pengertian penulis, apresiasi seni adalah penilaian, kesedaran, pemahaman, dan penghargaan tentang seni. Penulis melihat ada keperluan untuk memanfaatkan apresiasi seni sebagai salah satu wadah untuk menanamkan nilai-nilai budaya, khususnya kebudayaan Melayu di Malaysia.

Pengertian Muzik Tradisi

Banyak istilah dalam dunia kesenian dan muzik yang dapat kita lihat dari beberapa sumber, disini juga banyak buku yang mengatakan bahwa kesenian dan muzik adalah sesuatu yang berhubungan dengan kebudayaan, begitu juga dengan pengertian dari muzik tradisi atau lebih lazim di sebut dengan Muzik Tradisional. Annas mengemukakan (2008: 27) bahawa muzik tradisi adalah muzik yang mempunyai latar belakang budaya. Bila ada pertanyaan yang ditujukan kepada penulis tentang muzik tradisi, penulis akan menjawab muzik tradisi adalah muzik daerah, kerana pada kenyataannya di dunia ini mempunyai banyak budaya dari berbagai daerah yang berbeza. Muzik tradisi mengangkat budaya dari berbagai daerah tersebut sebagai tema, maka istilah muzik tradisi lebih sering di sebut orang dengan muzik daerah.

Istilah muzik tradisional sudah tidak asing lagi bagi masyarakat dunia, misalnya saja di Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Negara-negara lain. Seperti negara-negara di Eropah juga mengenal istilah muzik tradisi, banyak muzik tradisi yang berasal dari Negara-negara di Eropah seperti Muzik Klasik, Muzik Jazz, Muzik Blues, Muzik Country, Muzik Ska, dan Muzik Reggae.

Pengertian Muzik

Muzik adalah salah satu media ungkapan kesenian, muzik mencerminkan kebudayaan masyarakat pendukungnya. Di dalam muzik terkandung nilai dan norma-norma yang menjadi bahagian dari proses enkulturasi budaya, baik dalam bentuk formal maupun informal. Muzik itu sendiri memiliki bentuk yang khas, baik dari sudut struktur maupun jenisnya dalam kebudayaan. Demikian juga yang terjadi pada muzik dalam kebudayaan masyarakat melayu.

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990: 602), muzik adalah: ilmu atau seni menyusun nada atau suara diutarakan, kombinasi dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi (suara) yang mempunyai keseimbangan dan kesatuan, nada atau suara yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandung irama, lagu dan keharmonisan (terutama yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi itu).

Pengertian ini sesuai dengan pendapat Hamzah (1988) yang menyatakan bahwa :

Perkembangan muzik Melayu dapat diklasifikasikan kepada sembilan bentuk, berdasarkan bentuknya iaitu:-

(1) Muzik tradisional Melayu,

(2) Muzik pengaruh India, Persia, dan Thailand atau Siam seperti nobat, menhora, makyong, dan rodat,

(3) Muzik pengaruh Arab seperti : gambus, kasidah, ghazal, zapin, dan hadrah,

(4) nyanyian anak-anak,

(5) Muzik vokal (lagu) yang berirama lembut seperti tudung periuk, damak, dondang sayang, dan ronggeng atau joget,

(6) keroncong dan stambul yang tumbuh dan berkembang awalnya di Indonesia,

(7) lagu-lagu langgam,

(8) lagu-lagu patriotik tentang tanah air, kegagahan, dan keberanian,

(9) lagu-lagu ultramodern yang kuat dipengaruhi budaya barat.

Berdasarkan pendapat diatas maka penulis dapat menyimpulkan bahwasanya muzik dapat juga disebut sebagai media seni, dimana pada umumnya orang mengungkapkan kreativiti dan ekspresi seninya melalui bunyi-bunyian atau suara. Oleh karena itulah pengertian muzik sangat Universal, bergantung bagaimana orang memainkannya serta menikmatinya.

Seni Muzik adalah cetusan ekspresi perasaan atau fikiran yang dikeluarkan secara teratur dalam bentuk bunyi. Boleh dikatakan, bunyi (suara) adalah elemen muzik paling asas. Suara muzik yang baik adalah hasil interaksi dari tiga elemen, iaitu: irama, melodi, dan harmoni. Irama adalah pengaturan suara dalam suatu waktu, panjang, pendek dan temponya, dan ini memberikan karakter tersendiri pada setiap muzik. Kombinasi beberapa tinggi nada dan irama akan menghasilkan melodi tertentu. Seterusnya, kombinasi yang baik antara irama dan melodi melahirkan bunyi yang harmoni. Muzik termasuk seni manusia yang paling tua. Bahkan boleh dikatakan, tidak ada sejarah peradaban manusia dilalui tanpa muzik, termasuk sejarah peradaban Melayu. Dalam masyarakat Melayu, seni muzik ini terbagi menjadi muzik vokal, instrument dan gabungan keduanya. Dalam muzik gabungan, suara alat muzik berfungsi sebagai pengiring suara vokal atau tarian. Alat-alat muzik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu di antaranya: canang, tetawak, nobat, nafiri, lengkara, kompang, gambus, marwas, gendang, rebana, serunai, rebab, beduk, gong, seruling, kecapi, biola dan akordeon. Alat-alat muzik di atas menghasilkan irama dan melodi tersendiri yang berbeza dengan alat muzik lainnya.